Showing posts with label masak-masak. Show all posts
Showing posts with label masak-masak. Show all posts

Friday, April 26, 2019

Resipi mi yee mee goreng cara mudah

Assamualaikum! hai! Aku ni dah macam baru keluar dari time machine. Alih2 je bukak blogger, dah dekat setahun tak update ghopenye yop! Huk alohhh! Takpe, inshaAllah lepasni aku akan aktif semula. Jaga2!

Oh by the way, aku ada resipi nak share ni iaitu Yee Mee goreng mudah, simple, orang bujang pun boleh buat uols! Jom lah kita mulakan dengan bismillah. Bismillah!

Aku guna Megah MEE. Brand lain aku tak pernah cuba lagi. Maybe rasanya sama je kot. Yg this one, ianya ditanggung Halal inshaAllah. Dalamnya ada 5 keping, sesuai utk 4-5 orang dewasa makan.
Then rendam mi dgn air paip je. Mi ni senang lembut. Aku rendam je semua 5 keping tu, sebab anak aku suka makan mi. Plus, nanti tghari tak payah masak, panaskan je. Hahah jimat masa ye bukan pemalas. Herherher.
Ni bahan-bahannya; 4 biji bawang merah, 5 ulas bawang putih, 3 inches carrot, sebiji tomato, 1 kiub pati ikan bilis. Simple je kan.
3 biji telur yang dah dibasuh. Kalau tak suka telur, toksah letak. Simple.
2 sudu sos tiram, 5 sudu kicap manis, 1 sudu cili kisar. Amount tu aku tibai je tulis tu. Kalau terlebih sikit, takde hal lah. Kita buat dia. Ikutlah kalau nak pedas lebih, tambahlah cili tu. Simple gila. Dah berapa kali aku sebut simple tah. Nak nampak simple punya pasal.
Cincang bahan2 tadi. Tomato & carrot tu kalau potong besar2 pun takde hal. Aku cincang sebab nak senang anak aku makan. Telur pun pecahkan siap2 untuk kurangkan risiko terpecahkan telur tak elok dalam kuali.
Bahan2 dah siap potong, tunggu apa? Masak lerrr! Tumis bawang merah & bawang putih. Then masukkan cili kisar & kiub pati ikan bilis. Kacaukan. Bersih lagi kuali masa ni.
Bila dah naik bau tu, masukkan carrot. Aku masukkan awal sebab nak bagi lembut, senang anak aku nak makan. Kalau korang nak rasa crunchy masukkan lepas masuk mi pun takpe. Takde sape marahlah.
Agak2 carrot dah lembut, masukkan tomato. Kacau2 lagi.
Masukkan telur. Kacau kacau kacau lagi.
Kacau sampai rupa macam ni.
Masukkan kicap & sos tiram. Masa ni masukkan gula & garam sekali ya! Agak2 la eh. Then, sambung kacau2 lagi.

Apa lagi yang belum masuk?? Watak utama, Yee Mee yang dah ditos. Masa ni sila kecilkan api ye. Takut hangit pulak.
Hmm macam kurang masin. Jangan risau, tambah je kicap tu. Hihihi. Then kacau2 lagi sampai rata.
Hah dah siap pun. Simple je kan. Tak kuasa aku nak buat presentation meletop kebabom. Anak aku dah lapar. Hahaahah.
Ok tu je. Selamat mencuba! ;)

Monday, March 12, 2018

Cara buat serbuk beras untuk baby

Assalamualaikum Hai semua!

Kali ni aku share dengan korang semua cara aku sediakan serbuk beras for my baby, Muhammad Taysir yg umurnya dah menginjak 7 bulan.

Bila dah ada serbuk beras ni, nak masak bubur untuk Taysir jadi sangat senang dan cepat. Berikut adalah langkah2nya.

1. Mula2 basuh beras dalam 1 pot ke. Tak payah banyak2 sangat. Baby makan sikit je. Nanti dah habis buat la lagi.


2. Kemudian, toskan dan biar beras tu mengering semalaman. Aku biarkan dalam 12 jam gitu lah. Lepas solat Maghrib aku basuh beras, esoknya lepas Subuh terus sangai.


3. Sangai dengan api kecik je. Kalau beras tu macam not completely dry yet, jangan panik ye. It's okay. Nanti masa sangai tu dia kering lah.


4. Ni rupa beras sebelum disangai. Putih je.


5. Selepas disangai, beras tu jadi keperang-perangan. So, dah boleh matikan api dan biarkan beras sejuk.


6. Bila dah sejuk, masukkan ke dalam blender kering. Kisarlah sampai jadi serbuk.


7. Macam ni lah rupa serbuk beras tu ye.


8. Dah siap dan bolehlah disimpan dalam bekas. Senang je kan.


Ok next time aku share resipi bubur baby pulak ye. Anak aku makan bubur berselera uolssss!

Thursday, November 3, 2016

Ayam masak ungkep yg sedap

Assalamualaikum. Hai!

Kali aku nak share satu resipi lauk yg sangat sedap, even bapak mertua aku pun kata sedap. Yessss. hahahaha. Apakah nama masakan itu?? (Konon suspen padahal dah tulis kat tajuk). Tak lain tak bukan, Ayam Ungkep! Mari kita mulakan ya!

Bahan-bahan yg kita perlukan adalah

7 ketul ayam (diperap dgn serbuk kunyit dalam sejam)
6 tangai lada kering (dikisar/ ditumbuk)
6 biji bawang merah (dikisar/ ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar/ ditumbuk)
2 sudu besar ketumbar (disangan dan dikisar)
3 sudu besar jintan manis (dikisar/ditumbuk)
1 inci halia (dikisar/ditumbuk)
1 inci kunyit (dikisar/ ditumbuk)
1 inci lengkuas (dikisar/ditumbuk)
3 helai daun limau purut (dibuang urat tunjang)
2 batang serai (diketuk)
Semangkuk kecil air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

So macam ni la rupa bahan2 kita...kalau nak cepat, guna blender je lah bahan2 kisar tu ye..saya prefer tumbuk
Cara2 nak masak

1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar/ tumbuk. Tumis sampai garing dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam yg diperap tadi. Gaul sampai air yg keluar dari ayam tu kering.
3. Masukkan air asam jawa, bawang besar hiris, serai, dan daun limau purut. Biarkan mereneh sampai ayam lembut.
4. Boleh tambahkan air kalau nak berkuah. Tambahkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
5. Bolehlah dihidang untuk makan dengan nasi panas.

Ni la rupa bila dah masak. Aku buat berkuah sebab pak mertua suka makan lauk berkuah. Kalau resipi pure biasanya buat kuah kering. Mana2 pun boleh, janji rasa sedap.

Ok la tu je untuk kali ni. bubye

Monday, October 3, 2016

Telur masin masak lemak yang sedap

Assalamualaikum.

Hai! Lamanya iolss tak update blog! Oklah, this time aku  nak share satu resipi yang aku belajar dari mak mertuaku. Telur masin masak lemak. Pernah rasa? Aku first time dengar dari mak mertua aku tau. Masakan Kelantan katanya. Maklumlah bila kahwin dengan orang Kelantan, kite orang Johor ni kenalah belajar masakan negeri sana. Barulah perut suami dan keluarganya terjaga. Hahah. Actually tulis resipi kat sini sebab takut terlupa. Kahkah!

Ok mari kita mulakan.

Bahan-bahan:
5 biji telur masin
8 tangkai lada kering (direndam dgn air panas)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar (disangan dan dikisar kering)
2 sudu besar kerisik
Santan dari sebiji kelapa
1 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
Gula

Cara-cara:
1. Tumbuk lada kering, halia, lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih. Kalau kau tak kuase, kau gune je lah blender! Then, tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan santan ke dalam periuk.
3. Masukkan kerisik, ketumbar, asam keping dan bahan tumbuk/blended tadi ke dalam periuk berisi santan.
4. Rebus gulai sehingga mendidih. Jangan lupa sentiasa kacau, supaya santan tak berketul.
5. Kecilkan api. Pecahkan telur masin ke dalam gulai satu demi satu, perlahan-lahan.
6. Sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
7. Taburkan daun kesum dan kacau.
8. Bolehlah dihidang.

Friday, January 16, 2015

Recipe : bubur nasi, sayur capcai, sambal toktok, scrambled egg with fish ball, telur masin

Ni aku nak share resepi bubur nasi aku punye style. Tanpa buang masa mari kita mulakan.


BUBUR NASI

2 cawan beras
10 cawan air

Basuh beras tu sampai bersih, then masukkan 5 cawan air dan tenggek la kat dapur atau lebih senang guna rice cooker.
Bila macam dah nak kering tu, masukkan air lagi, dan kacau.
Kalau kering lagi, tambah lagi air, sampai mencapai level kecairan yang korang nak.
Actually berapa banyak entah aku guna air tadi. Memandai je cakap 10 cawan air.


SAYUR CAPCAI

bawang merah
bawang putih
cili padi
sos tiram
brokoli, kacang peas, lobak merah, tomato, jagung bayi atau baby corn
air
garam
perasa yang dibenarkan

Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, dan cili padi.
Tumis sampai layu.
Masukkan sos tiram.
Masukkan lobak merah, kasik air sikit biar lobak merah tu lembut.
Masukkan jagung bayi.
Masukkan brokoli, kacang peas, tomato.
Tabur garam dan perasa sikit. Pastu rasalah. Agak2 kene dgn selera, apa lagi, angkat lerrr.
Kalau tak kena dgn selera, buatlah apa yg patut. Tambah sos tiram ke, tambah garam ke.


SAMBAL TOKTOK

cili padi
bawang putih
ikan bilis

Panaskan minyak, goreng cili padi dan bawang putih. Cili padi tu pastikan dah dikerat sikit supaya masa digoreng tak meletup. Pastu angkat masuk dalam lesung.
Goreng pulak ikan bilis sampai rangup, masukkan juga ke dalam lesung.
Tumbuklah tapi jangan lumat sangat. Pastikan masa tumbuk tu bunyi dia "tok! tok! tok!".


SCRAMBLED EGG WITH FISH BALL

bebola ikan (dipotong kecik2)
telur
susu penuh krim
serbuk lada hitam

Pecahkan telur, tuang susu sikit dan kocak.
Panaskan minyak, dan goreng bebola ikan.
Pastu tuang telur tadi dan kacau sampai hancur.
Bila dah angkat, taburkan serbuk lada hitam.


TELUR MASIN

kenduri kahwin

Pegi kenduri kahwin dan dapatkan bunga telur. hahaha klakarnye klakarnye

ok sekian