ONLINE

Monday, February 24, 2014

Menyapu muka selepas solat

siang tadi aku hadir ke kelas Philosophy of science and civilization...seronok jugak la kelas tu dengan pensyarahnya yang suka bercerita dan berkongsi ilmu...

dalam kelas tu kami ada berbincang tentang amalan-amalan seperti mencium hajar aswad, menyentuh kaabah, dan seumpamanya...pensyarah menerangkan perbuatan-perbuatan tu dilakukan adalah kerana rindu kepada Rasulullah s.a.w...

Umar Al-Khattab ada mengatakan, "Memang aku tahu bahawa kau hanyalah batu, tidak dapat mendatangkan manfaat atau bahaya. Jika bukan kerana aku melihat Nabi s.a.w. menciummu, aku tentu tidak akan menciummu" (HR Bukhari 1597 dan Muslim 1270) 

hajar aswad tu kan batu dari syurga, maka dengan menciumnya mungkin sebagai pengubat rindu pada syurga...pun boleh jugak...

sama seperti amalan menyapu muka selepas solat...selepas memberi salam, amalan menyapu muka tu dah jadi macam gerakan spontan...pensyarah tu menerangkan perbuatan tu dilakukan sebenarnya kerana sahabat Nabi s.a.w. pernah nampak baginda s.a.w. berbuat demikian...tapi ada yang mengatakan, sebenarnya Nabi s.a.w. buat macam tu sebab baginda s.a.w. bersihkan muka kerana muka baginda s.a.w. terkena pasir...hihi

jadi, kalau nak sapu pun boleh, tak sapu pun boleh...benda kecik macam ni tak perlulah nak dipertikai...banyak lagi benda berat kena diberi perhatian...

Sunday, February 23, 2014

anak manja

Dulu...aku kesah gile bila ada orang cakap aku 'anak manja'...
dari dulu lagi aku cuba buktikan yang aku bukan 'anak manja'...
bagi aku, mak ayah aku tak manjakan aku, diorang layan anak-anak diorang semua dengan adil dan saksama...semua diorang sayang...cuma pendekatan je berbeza...yelah, lain orang, lain ragam...sama macam anak...lain anak, lain kerenahnya...

dari situ la kot, aku start build aku punye ego...aku tak nangis bila berjauhan dengan mak ayah, even baru berumur 13 tahun...aku memang excited gile nak duduk asrama masa tu...balik rumah pun sebulan sekali je...
aku tak fikir pun apa perasaan mak aku masa tu...dia rindu ke, dia risau ke...biasalah, budak baru nak up masa tu, baru nak kenal dunia...kihkih...
tapi alhamdulillah aku dikelilingi kawan-kawan yang baik...ni mesti berkat doa mak ayah jugak...aku tau mak ayah sentiasa doakan yang terbaik untuk semua anak-anak dia, aku boleh rasa tu...

Sekarang...lantak la orang nak label aku sebagai 'anak manja'...
sekarang ni aku cuba untuk balik rumah setiap hujung minggu...sebab aku fikir, aku wajib utamakan perhatian aku kepada mak ayah...itu tanggungjawab aku sebagai anak perempuan yang belum bersuami...
plus, mati itu pasti, bila-bila boleh mati...so, setiap kesempatan yang Allah izinkan untuk jumpa mak ayah tu, aku bersyukur sangat2...

anak manja pun anak manja lah...peduli apa dengan pandangan manusia, fikir tentang pandangan Allah terhadap kita sudahlah...

dan sebenarnya, aku masih tak faham apa definisi 'anak manja' yang diorang nampak dalam diri aku...adakah hanya kerana aku anak bongsu?

yang benar,
anak manja

Saturday, February 22, 2014

entri pertama

aku nak tulis diary, tapi aku tak reti...selalu terlupa...lagi satu, kalau tulis di diary, tiada perkongsian pula...syok sendiri orang kata...sudahnya aku putuskan untuk tulis di blog...

tapi bila buka balik blog aku, aku rasa entri aku yang dulu-dulu tu takde pengisian langsung...kahkah...

sudahnya, aku deleted semua entri...jadilah ini seperti entri yang pertama, walhal blog ni sudah wujud sejak 2009 lagi...