Thursday, May 12, 2022

Kacang panjang singgang Kelantan

Assalamualaikum!

Tetibe dapat petunjuk untuk update blog. 3 tahun dah aku tak jenguk oii. Hahaha!

Alkisah...

Siang tadi aku bermesyuarat dengan mak mertua aku pasal nak masak apa. Aku cadangkan sup daging plus sayur2 & goreng telur dadar. Simple.

But bila tiba waktu masak, beliau telah ubah menu yg lebih simple! Which is woww I loike!! Cepat siap..hahaha

Untuk tidak lupa pasal menu tersebut aku terpanggil untuk abadikan resipi tersebut di sini. Supaya kalau ada time aku blur nak masak apa, ahh pergi je lah kat blog sendiri! Ha begitu!

Lagi pulak, aku rasa ni style orang Kelantan (mertua aku orang Kelantan), sebab kat Johor ni aku tak pernah pulak jumpa sayur dimasak cenggini.


BAHAN-BAHAN :

1. Kacang panjang 10 batang dipotong pendek

(walaupun dah potong pendek, tetap dipanggil kacang panjang, bukan kacang pendek..ehh tiber!)

2. Lengkuas 4 ke 5 hiris

3. Bawang merah 4 biji hiris2

4. Asam keping 3 keping

6. 3 biji cili padi (kalau nak pedas)

5. Garam

6. Monosodium glutamat (ajinomoto laa..jika mahu)


CARA MEMASAK

Masukkan semua bahan2 dalam periuk. Isi air secukupnya. Rebus. Rasa. Dah setel! Hahaha anak aku pun reti buat.

Dah tu je.