ONLINE

Saturday, April 11, 2015

Hafal tajuk lagu

Aku ni boleh dikatakan spesies manusia yang kalau buat kerja yang tak berapa perlu berfikir tu (macam menyapu, mengemas, mengait, dan sebagainya) memang suka sangat sambil dengar radio. Lebih2 lagi during weekend. Kan ada carta lagu2 terkini, boleh la fefeeling buat kerja macam ada soundtrack. Muzikal gitew. Kahkah.

Pada suatu hari, aku dengan kawan2 aku makan kat satu kedai ni. Aku order nasi goreng kampung. Kat kedai tu pasang radio. Macam2 la lagu keluar.

Aku: eh aku suke gile lagu ni...clip video dia pun best, cunnn dan berkualiti

Kawan: ohh lagu ni.. siapa nyanyi eh lagu ni?

Aku: Polan yang nyanyi...tajuknye Blablabla...lagu ni pasal seorang kekasih~~~ bla bla bla~~ penulis lirik dapat idea ketika ~~~ bla bla bla~~~ suara time live sedapppp~~bla bla bla ~~~

Kawan: ohh...kau ni semua pasal lagu kau tau kan...memang tanya kau je lah kalau pasal lagu

Aku: hahaha...dah aku selalu dengar radio, tu yang tau tu

Kawan: kalau kau selalu dengar ayat quran, mesti kau tau kan certain2 ayat tu duk kat surah mana, juzuk mana...hehehehehe

Aku: heheheehehe

Aku pun terus sambung habiskan nasi goreng kampung yang aku order tadi.

Begitulah sesi sentapan minda untuk kali ini...dialog tu aku reka je...sekian~~

Thursday, April 2, 2015

wifi utm dan mentol thomas edison

Pada suatu hari...

Tiba-tiba rasa bersemangat nak belajar. Bukan senang nak dapat semangat ni. Tanpa buang masa, aku pun terus turn on laptop aku.

Hmm. Nak kena cari journal baru ni. So kenalah online dulu.

Hmm. Guna wifi utm lah.

Aku pun connect lah.

"Limit reached. The service is temporarily unavailable, please try again. If this issue persists, please contact support. Error code: 402."

Mengikut firasat aku, ini maknanya ramai sangat yang online simultaneously....kot.

Tapi aku tak putus harap sebab benda ni dah selalu jadi. Pernah aku connect banyak kali, ada lah dalam puluh2 kali, baru lah connected. So, this time pun aku teruskan juga klik connect, dan connect, dan connect.

Tapi tak sangkut jugekkk. Aku hampir bengkek dan putus asa.

Tiba-tiba kisah Thomas Edison yang buat eksperimen mentol sebanyak beribu-ribu kali tu melintas kat fikiran aku. Usaha beliau sungguh mengkagumkan.

Disebabkan itu aku jadi terus bersemangat untuk terus berusaha dapatkan wifi utm tu. Aku teruskan lagi klik connect, dan connect, dan connect....kalau boleh beribu2 kali macam Thomas Edison.

Akhirnyaaaaa
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......
......

Tak berjaya jugak. (Padahal baru try connect berapa kali je tu)

Akhir kata, aku pun online guna broadband. Lupa pulak kitew ade broadband. ( -.-)"

Sekian hikayat rakyat marhaen~~~