ONLINE

Saturday, April 11, 2015

Hafal tajuk lagu

Aku ni boleh dikatakan spesies manusia yang kalau buat kerja yang tak berapa perlu berfikir tu (macam menyapu, mengemas, mengait, dan sebagainya) memang suka sangat sambil dengar radio. Lebih2 lagi during weekend. Kan ada carta lagu2 terkini, boleh la fefeeling buat kerja macam ada soundtrack. Muzikal gitew. Kahkah.

Pada suatu hari, aku dengan kawan2 aku makan kat satu kedai ni. Aku order nasi goreng kampung. Kat kedai tu pasang radio. Macam2 la lagu keluar.

Aku: eh aku suke gile lagu ni...clip video dia pun best, cunnn dan berkualiti

Kawan: ohh lagu ni.. siapa nyanyi eh lagu ni?

Aku: Polan yang nyanyi...tajuknye Blablabla...lagu ni pasal seorang kekasih~~~ bla bla bla~~ penulis lirik dapat idea ketika ~~~ bla bla bla~~~ suara time live sedapppp~~bla bla bla ~~~

Kawan: ohh...kau ni semua pasal lagu kau tau kan...memang tanya kau je lah kalau pasal lagu

Aku: hahaha...dah aku selalu dengar radio, tu yang tau tu

Kawan: kalau kau selalu dengar ayat quran, mesti kau tau kan certain2 ayat tu duk kat surah mana, juzuk mana...hehehehehe

Aku: heheheehehe

Aku pun terus sambung habiskan nasi goreng kampung yang aku order tadi.

Begitulah sesi sentapan minda untuk kali ini...dialog tu aku reka je...sekian~~