ONLINE

Thursday, November 3, 2016

Ayam masak ungkep yg sedap

Assalamualaikum. Hai!

Kali aku nak share satu resipi lauk yg sangat sedap, even bapak mertua aku pun kata sedap. Yessss. hahahaha. Apakah nama masakan itu?? (Konon suspen padahal dah tulis kat tajuk). Tak lain tak bukan, Ayam Ungkep! Mari kita mulakan ya!

Bahan-bahan yg kita perlukan adalah

7 ketul ayam (diperap dgn serbuk kunyit dalam sejam)
6 tangai lada kering (dikisar/ ditumbuk)
6 biji bawang merah (dikisar/ ditumbuk)
1 biji bawang besar (dihiris)
4 ulas bawang putih (dikisar/ ditumbuk)
2 sudu besar ketumbar (disangan dan dikisar)
3 sudu besar jintan manis (dikisar/ditumbuk)
1 inci halia (dikisar/ditumbuk)
1 inci kunyit (dikisar/ ditumbuk)
1 inci lengkuas (dikisar/ditumbuk)
3 helai daun limau purut (dibuang urat tunjang)
2 batang serai (diketuk)
Semangkuk kecil air asam jawa
Garam dan gula
Minyak masak untuk menumis

So macam ni la rupa bahan2 kita...kalau nak cepat, guna blender je lah bahan2 kisar tu ye..saya prefer tumbuk
Cara2 nak masak

1. Panaskan minyak dan masukkan semua bahan kisar/ tumbuk. Tumis sampai garing dan pecah minyak.
2. Masukkan ayam yg diperap tadi. Gaul sampai air yg keluar dari ayam tu kering.
3. Masukkan air asam jawa, bawang besar hiris, serai, dan daun limau purut. Biarkan mereneh sampai ayam lembut.
4. Boleh tambahkan air kalau nak berkuah. Tambahkan garam dan gula untuk seimbangkan rasa.
5. Bolehlah dihidang untuk makan dengan nasi panas.

Ni la rupa bila dah masak. Aku buat berkuah sebab pak mertua suka makan lauk berkuah. Kalau resipi pure biasanya buat kuah kering. Mana2 pun boleh, janji rasa sedap.

Ok la tu je untuk kali ni. bubye

Monday, October 3, 2016

Telur masin masak lemak yang sedap

Assalamualaikum.

Hai! Lamanya iolss tak update blog! Oklah, this time aku  nak share satu resipi yang aku belajar dari mak mertuaku. Telur masin masak lemak. Pernah rasa? Aku first time dengar dari mak mertua aku tau. Masakan Kelantan katanya. Maklumlah bila kahwin dengan orang Kelantan, kite orang Johor ni kenalah belajar masakan negeri sana. Barulah perut suami dan keluarganya terjaga. Hahah. Actually tulis resipi kat sini sebab takut terlupa. Kahkah!

Ok mari kita mulakan.

Bahan-bahan:
5 biji telur masin
8 tangkai lada kering (direndam dgn air panas)
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit
4 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
2 sudu besar ketumbar (disangan dan dikisar kering)
2 sudu besar kerisik
Santan dari sebiji kelapa
1 keping asam keping
2 tangkai daun kesum
Gula

Cara-cara:
1. Tumbuk lada kering, halia, lengkuas, kunyit, bawang merah, bawang putih. Kalau kau tak kuase, kau gune je lah blender! Then, tumis sampai pecah minyak.
2. Masukkan santan ke dalam periuk.
3. Masukkan kerisik, ketumbar, asam keping dan bahan tumbuk/blended tadi ke dalam periuk berisi santan.
4. Rebus gulai sehingga mendidih. Jangan lupa sentiasa kacau, supaya santan tak berketul.
5. Kecilkan api. Pecahkan telur masin ke dalam gulai satu demi satu, perlahan-lahan.
6. Sedikit gula untuk seimbangkan rasa.
7. Taburkan daun kesum dan kacau.
8. Bolehlah dihidang.

Friday, January 22, 2016

I can't believe what I just did

Assalamualaikum

Guess whatttt... I just did two teeth extraction today. Like an hour ago. Ok actually bukan aku. Dentist aa yang cabut. Aku tau nganga je. She removed two of my geraham kecil bawah, 1 left and 1 right.

In some braces cases that I've read, the dentist will extract your wisdom teeth. In my case, the dentist decided to do so on my geraham kecil and I have no idea why, I just agreed with her. All I know, both cases will give your remain teeth more space to move.

Well actually, she did explain to me on the other day, but u know, I don't really care. Haha. All I care is everything must be just fine.

Sakit tak? Memang tak sakit la sebab kena bius. I don't know what I'm gonna feel later when the drug stops numbing my mouth. At this moment it is still working. So I feel nothing.

Oh you guys yang nak buat tooth extraction tu, make sure your tummy is stuffed before to do so okay. Sebab gwa rasa tak selesa nak makan sekarang ni dengan kebas2 lagi. Sokay la, sebab gwa memang tengah takdo selera sekarang ni. Stress dude stresssss. Hah what can I say. That's life. Pegi jumpa dentist, cabut gigi ni salah satu cara menangani stress la kiranya. Lulz. Apa kau merepek ni.

Ok sampai di sini saja. Saya akhiri post kali ni dengan membelanja anda salah satu lagu kegemaran saya yang saya cover pada suatu malam hari apa ntah, tak boleh tidur waktu tu (adalah lebih afdal engkau solat taubat ke tahajud ke ketika itu dik non oi). Tajuknya Bimbang by Melly Goeslaw. (Her name makes me imagining a bowl of coleslaw right now. Mmm dapp)




Wednesday, November 4, 2015

Braces diary 4 : Selepas 20 minggu

Assalamualaikum

Jumaat lepas aku jumpa dentist untuk check braces aku lah. Then doc cakap dia nak pasang braces untuk gigi atas pulak. Procedure sama macam dulu, after tampal brackets tak boleh makan minum in 3 hours. After that 3 hours, barulah doc pasang dawai kat brackets tu.

Sejarah rasa gigi sengal2 pun berulang. Dawai yg mencucuk2 pipi juga. Peh pedih wa cakap lu. Namun, pedih lagi luka di hatimu. Haha ko dah kenapa?! Ala actually tak pedih sangat pun, lagi sakit masa mula2 pasang braces belah bawah dulu kot. Dulu siap tak boleh mengunyah, seminggu asek makan bubur. Tapi yg kali ni, 2 hari lepas pasang, member ajak pi bedal nasi arab (pehhh nasi arab dia mmg terbaekkkk..Wadi El Arab kat Kg. Melayu Majidee nama kedai tu..pi ah order yg kambing..recommended! Terliur plak tetibe), ehhhh jalan jekkkk!

So sempena aku dah pasang braces belah atas ni, aku nak belanja korang gambar2 gigi aku since the first day aku pakai braces sampai lah week 17. Hehe. Week 18 and 19 aku busy gile, lupa nak amek gambar gigi. Kihkih. Check this out beybehhh!

Nah. Beriye betul aku buat video. kohkoh

K lah. bubye