ONLINE

Saturday, May 16, 2015

Pertunangan aku dengan dia

Aku ni sebenarnya banyak kerja. Tapi tu lah, biasanya bila banyak kerja tu la idea dan mood nak update blog tu datang serentak. Ni aku nak share cerita masa persiapan majlis pertunangan aku dengan bakal zauj (selit perkataan arab sikit agar lebih islamik kononnye...kohkoh).

"hapeee??? engko dah bertunang??" asked no one ever...kahkah sendu benorrr

Anyway, the answer is yes, I am engaged! Alhamdulillah!

Saje je lah share, manalah tau korang tengah cari idea utk barang hantaran ke, nak buat majlis bertunang ke. kan. Sebab masa aku nak buat persiapan pun memang gigih la meng-Google cari idea.

Oh ye! FYI, majlis pertunangan aku ni dibuat sekali dengan majlis aqiqah anak sedara aku, Aisy. Jadi, aku dah berjimat dengan perkongsian majlis ni. kehkehkeh!

**********

Back to our topic! So, persiapan yang aku hadapi sebelum majlis adalah seperti berikut:-

1. Tetapkan tema warna

halah takde tema pun boleh. Since aku takde pelamin (kononnye nak kekalkan tradisi lama..kah), so aku takde lah ambik serius bab tema2 ni. Tapi tu lah orang asik tanya aku je

"eh engko tunang nnti kaler apa?"

dengan semberono aku terus jawab

"eh entah...aaa gold kot, tak pun brown, ke kuning? hah lebih kurang lah"

Actually aku dah beli kain utk buat baju, tapi macam ingat2 lupa warna dia, tu yg main jawab je.

Korang fikirlah tema warna yg korang selesa nak pakai baju kaler tu. Kalau ada pelamin, make sure baju tu sesuai dan menyerlah bila ko duduk kat pelamin.

2. Baju, tudung, veil

Pakaian time tunang, aku jahit sendiri. Tak sangka aku ni berjiwa Hatta Dolmat. Tak pun Rizman Ruzaini. kahkah. Padahal kena marah dengan mak sebab jahit senget benget. Mana taknya, 3-4 hari before majlis baru start nak gunting kain. LOL! #hashtag #lastminutework #at #its #best #lulz . Kalau kau tiada kepakaran buat keje last minute, jangan ikut perangai kurang marbeles ni okay! hahaah

Baju kurung modern. Kainnya aku buat mermaid style. Veil tu aku potong bentuk half-moon. Tudung bawal bucu curved.
Warna baju dengan tudung tu patutnya sama. Tapi terbeli asing2. Mula2 beli kain untuk baju. 2 hari lepas tu, baru beli kain untuk tudung. Bile pegi kedai tu balik, kain yang sama warna dengan baju, dah out of stock. Padan muka aku! Hahahaa

Baju bakal zauj, dia beli sendiri. Sebab skill menjahit baju lelaki, aku belum asah lagi. Dia pakai kurta dengan seluar slack hitam.

3. Hantaran

Ikutlah nak ada hantaran ke tak. Zaman sekarang ni orang dah tak kisah dah. Ada tu siap bagi mangkuk tingkat je. Sempoi! Gwa suke! ;D
Tapi terpulanglah dengan family memasing ye. Masa aku hari tu, 7 dulang berbalas 9. ;)

Hantarannya adalah sirih junjung, kain bahan utk buat baju melayu/ baju nikah, buah-buahan, kek, coklat, kasut, tuala, sejadah, tali pinggang.

Sirih junjung. My mom yang gubah.
Kain bahan. Lipat2 je. Senang kan.


Buah-buahan tempatan dan luar negara.
Kek. Sponsored by my sis in law, Kak Eicha. TQ Kak eicha! Kalau korang nak tempah kat dia boleh je. Area Kota Tinggi je lah. Kalau luar kawasan tu kau pi berunding dengan dia ok. Ni link fb dia >>> Eicha Eijal <<<
Coklat. Dulang yang ni paling senang nak buat. hahahah
Kasut. Mula2 ingat nak belikan sandal. Entah macam mana ended up dgn beli kasut.
Tuala. Bila tengok dulang yg ni, aku kagum gila dengan bakat mak aku. Aku macam tak sangka gila mak aku siap buat bentuk burung ni. haha. Comel kot! Gubahan ni memerlukan banyak jarum.
Sejadah. Bentuk kipas. Ni pun banyak jarum.
Tali pinggang. Kotak tu boleh beli kat kedai cenderahati atau pasaraya bahagian cenderahati.
Aku ni tak reti gubah-menggubah. I am so thankful sebab mak aku memang sukarela nak menggubah hantaran. Idea semua dialah 100%. Kreatif betul mak aku. Warna bunga2 kat hiasan hantaran pun idea dia. Tugas aku cuma cari idea kat Google images pastu tunjuk kat mak je, biar dia decide. Bayangkan betapa tak pandainye aku dalam bab ni. hahah

4. Goodies bag

Untuk goodies bag, kitorang beli bag yang jenis kain biasa tu. Beli dekat kedai bunga.

Masa majlis tu, kitorang bagi bunga telur (sebab sekali dengan majlis aqiqah), air kotak, cupcakes. Eh air kotak ada ke? Okay sebenarnya aku tak ingat. Haha

Yg penting cupcakes tu memang ada. My sista yang sponsored those beautiful cupcakes. Tapi takde gambar. Kek oreo, atasnye ade krim dengan biskot oreo. Haa kau bayangkanlah sendiri ye. haha

5. Jurumekap

Yang mekapkan aku masa tu kak ipar aku jugak, Kak Eicha. Syukurlah ada orang pandai mekap dalam keluarga. Jimat duit aku. kahkah.

Hasil mekap.
La ni aku tengah belajar mekap kat youtube. Kononnye nak mekap sendiri time nikah dan resepsi. Ni kita panggil kedekut bertempat namanya. haha

6. Photographer

Penjimatan juga berlaku di sini, kerana bakal zauj ada DSLR. Maka kitorang cuma selfie saje. haha Takdelah! Dia suruh kawan dialah (which is kawan aku jugak) amekkan gambar guna kamera tu. FOC.
Cons, sampai nikah lepas tu pregnant lepas tu beranak nanti pun, belum tentu gambar akan siap. hahaahaha.

Kalau korang ada sedara-mara atau kawan rapat yang ada photography skill lagi bagus. Hire je diorang. Silap2 boleh dapat diskaun ke FOC ke.

7. Jamuan

Disebabkan majlis pertunangan dan aqiqah berjalan sekali, maka jamuan kambing tu abang ipar aku lah sponsor. Berkambinglah para tetamu dengan riang ria.

Untuk bab jamuan ni, korang discuss lah dengan family dan bakal family. Yelah bab makan ni, bukan semua orang sama seleranya kan. Kot2 la ada yang tak boleh telan nasi, haa camno?

8. Kanopi (jika perlu)

Kalau kau rasa rombongan pihak lelaki tu ramai bebeno, tiga bas dia datang (over nohh). haa takkan nak suruh diorang duduk kat lawn tu? So kanopi ni depends la. Kalau ramai baru amek. Kalau tak, tak payah.

Disebabkan majlis pertunangan aku dibuat sekali dengan aqiqah, so memang kena pasang kanopi.

**********

Tu je lah kot. Papepun, majlis bertunang ni terpulang lah kau nak buat macam mana. Aku cuma bagi idea dan pengalaman je. Harap2 membantu lah ye sedikit sebanyak. 

Kalau bagi pihak lelaki, aku rasa lagi simple. Takde nak fikir jamuan ke, kanopi ke, mekap, goodies bag bagai. Rasenye apa yang diorang kena decide dan kena buat adalah hantaran, cincin untuk bakal zaujah, bilangan peserta rombongan. Tu je lah kot. Kan? Ke ada lagi? hoho

Oh ye! Nak ucap terima kasih bebanyak kat budak dua orang dalam gambar bawah ni!

Pipah (isteri orang), MJ, dan saya
Thanks Pipah sudi teman dari tengahari sampaaaaaaii petang. Thanks MJ sudi lepak rumah aku, teman sampai esoknyeeee! haih bila lah nak lepak dgn budak ni.

Ok lah aku rasa tu je lah aku nak share dengan korang kat entri kali ni. Gambar2 semua amek dari whatsapp. Maka aku tak ingat gambar dari siapa. Mkaseh la siapa yg bagi gambar2 tu ye! Bye!