ONLINE

Friday, January 16, 2015

Recipe : bubur nasi, sayur capcai, sambal toktok, scrambled egg with fish ball, telur masin

Ni aku nak share resepi bubur nasi aku punye style. Tanpa buang masa mari kita mulakan.


BUBUR NASI

2 cawan beras
10 cawan air

Basuh beras tu sampai bersih, then masukkan 5 cawan air dan tenggek la kat dapur atau lebih senang guna rice cooker.
Bila macam dah nak kering tu, masukkan air lagi, dan kacau.
Kalau kering lagi, tambah lagi air, sampai mencapai level kecairan yang korang nak.
Actually berapa banyak entah aku guna air tadi. Memandai je cakap 10 cawan air.


SAYUR CAPCAI

bawang merah
bawang putih
cili padi
sos tiram
brokoli, kacang peas, lobak merah, tomato, jagung bayi atau baby corn
air
garam
perasa yang dibenarkan

Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, dan cili padi.
Tumis sampai layu.
Masukkan sos tiram.
Masukkan lobak merah, kasik air sikit biar lobak merah tu lembut.
Masukkan jagung bayi.
Masukkan brokoli, kacang peas, tomato.
Tabur garam dan perasa sikit. Pastu rasalah. Agak2 kene dgn selera, apa lagi, angkat lerrr.
Kalau tak kena dgn selera, buatlah apa yg patut. Tambah sos tiram ke, tambah garam ke.


SAMBAL TOKTOK

cili padi
bawang putih
ikan bilis

Panaskan minyak, goreng cili padi dan bawang putih. Cili padi tu pastikan dah dikerat sikit supaya masa digoreng tak meletup. Pastu angkat masuk dalam lesung.
Goreng pulak ikan bilis sampai rangup, masukkan juga ke dalam lesung.
Tumbuklah tapi jangan lumat sangat. Pastikan masa tumbuk tu bunyi dia "tok! tok! tok!".


SCRAMBLED EGG WITH FISH BALL

bebola ikan (dipotong kecik2)
telur
susu penuh krim
serbuk lada hitam

Pecahkan telur, tuang susu sikit dan kocak.
Panaskan minyak, dan goreng bebola ikan.
Pastu tuang telur tadi dan kacau sampai hancur.
Bila dah angkat, taburkan serbuk lada hitam.


TELUR MASIN

kenduri kahwin

Pegi kenduri kahwin dan dapatkan bunga telur. hahaha klakarnye klakarnye

ok sekian




No comments: