Friday, January 22, 2016

I can't believe what I just did

Assalamualaikum

Guess whatttt... I just did two teeth extraction today. Like an hour ago. Ok actually bukan aku. Dentist aa yang cabut. Aku tau nganga je. She removed two of my geraham kecil bawah, 1 left and 1 right.

In some braces cases that I've read, the dentist will extract your wisdom teeth. In my case, the dentist decided to do so on my geraham kecil and I have no idea why, I just agreed with her. All I know, both cases will give your remain teeth more space to move.

Well actually, she did explain to me on the other day, but u know, I don't really care. Haha. All I care is everything must be just fine.

Sakit tak? Memang tak sakit la sebab kena bius. I don't know what I'm gonna feel later when the drug stops numbing my mouth. At this moment it is still working. So I feel nothing.

Oh you guys yang nak buat tooth extraction tu, make sure your tummy is stuffed before to do so okay. Sebab gwa rasa tak selesa nak makan sekarang ni dengan kebas2 lagi. Sokay la, sebab gwa memang tengah takdo selera sekarang ni. Stress dude stresssss. Hah what can I say. That's life. Pegi jumpa dentist, cabut gigi ni salah satu cara menangani stress la kiranya. Lulz. Apa kau merepek ni.

Ok sampai di sini saja. Saya akhiri post kali ni dengan membelanja anda salah satu lagu kegemaran saya yang saya cover pada suatu malam hari apa ntah, tak boleh tidur waktu tu (adalah lebih afdal engkau solat taubat ke tahajud ke ketika itu dik non oi). Tajuknya Bimbang by Melly Goeslaw. (Her name makes me imagining a bowl of coleslaw right now. Mmm dapp)




Wednesday, November 4, 2015

Braces diary 4 : Selepas 20 minggu

Assalamualaikum

Jumaat lepas aku jumpa dentist untuk check braces aku lah. Then doc cakap dia nak pasang braces untuk gigi atas pulak. Procedure sama macam dulu, after tampal brackets tak boleh makan minum in 3 hours. After that 3 hours, barulah doc pasang dawai kat brackets tu.

Sejarah rasa gigi sengal2 pun berulang. Dawai yg mencucuk2 pipi juga. Peh pedih wa cakap lu. Namun, pedih lagi luka di hatimu. Haha ko dah kenapa?! Ala actually tak pedih sangat pun, lagi sakit masa mula2 pasang braces belah bawah dulu kot. Dulu siap tak boleh mengunyah, seminggu asek makan bubur. Tapi yg kali ni, 2 hari lepas pasang, member ajak pi bedal nasi arab (pehhh nasi arab dia mmg terbaekkkk..Wadi El Arab kat Kg. Melayu Majidee nama kedai tu..pi ah order yg kambing..recommended! Terliur plak tetibe), ehhhh jalan jekkkk!

So sempena aku dah pasang braces belah atas ni, aku nak belanja korang gambar2 gigi aku since the first day aku pakai braces sampai lah week 17. Hehe. Week 18 and 19 aku busy gile, lupa nak amek gambar gigi. Kihkih. Check this out beybehhh!

Nah. Beriye betul aku buat video. kohkoh

K lah. bubye

Wednesday, September 9, 2015

Tutorial: Cara termudah untuk balut buku dengan teknik sellotape

Aku ni sebenarnya takde modal nak update blog. Tadi aku baru lepas men'sellotape' buku-buku yang aku baru beli, maka bolehlah kot kisah aku meng'sellotape' buku-buku dijadikan modal. hahaha dah macam desperate sangat nak update blog dah kenapaaa. Walhal keje banyak bertimbun tuhh.

Teknik men'sellotape' ni adalah alternative bagi menyampul buku. Nak sampul buku kan leceh, nak kene beli sampul plastik, ukur, gunting, balut, sellotape, pastu nak kene kemas sampah2 pulak. Simple je actually kan, tapi since aku ni pemalas, so tak kuase aku nak buat semua itu...ngiahahah~~ (kenapalah perangai aku begini)

Apa yang kita perlukan adalah
1. Buku yang belum berbalut
2. Sellotape
3. Gunting
4. Pasang lagu kegemaran untuk suasana muzikal. Haa gittuuuu

Cara-caranya

Bubuh sellotape kat situ

Bubuh bahagian atas dan bawah pulak


Kat bahagian tulang buku jangan lupa

Bahagian dalam rupa dia macam ni

Haa dah siap! InshaAllah buku akan kekal cun dalam masa yang lama. Selagi sellotape tu tak tanggal, selagi tu lah bucu buku tu kekal bersegi. Kalau ada gelembong2 masa letak sellotape tu, takpe abaikan je. Gelembung tu memberi tekstur yang menarik pada rupa buku korang nanti. Menarik sangat. hahaha

Ok lah tu je. Semoga menjadi inspirasi kepada anda semua! Lulz

Thursday, June 25, 2015

Braces diary 3 : Dawai mencucuk pipi

Hari ni dah lebih kurang dua minggu dah aku berbraces. Pelbagai dugaan dan rintangan dah aku lalui sepanjang tempoh itu. Amboi serius beno bunyinye.

Orang kata sakit gile kan pakai braces. Pada aku takde lah sampai macam tu sekali hoi rasa dia. Cuma sengal2 sikit tu biase lah. Nak tau camne rasa dia? Cuba kau keluarkan jari telunjuk kau, pastu gunakan ia untuk tolak mana2 gigi kau tu, macam tu lah rasanya. Tak sakit pun kan.

TETAPI!

haaa ada tetapi. Suspen ni. Sakit dia kat tempat lain. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Mesti kau menyanyi kan baca ayat tadi tu. Ehehekehehehekkkss

Ehem!

Okay. Sakitnya dekat pipi weh. Serius sakit. Macam mana boleh sakit? Jap aku tunjuk gambar.

Hok 'wire poking' tu la hok cucuk2 pipi ambo. Sapanya ati demo. Picture from here



Doktor dah pun bagi sejenis wax untuk diletak pada bracket kalau2 rasa sakit ke ape.

Inilah 'wax'nye. Aku tak guna pun. Kesan penyek2 tu sebab aku buat main je.
Alkisahnya, pada suatu hujung minggu aku balik rumah. Masa tu 'poking wire' tu kuat pulak mencucuk2 pipi aku. Sampai berdarah ha. Aku dah tak tahan, aku pun carilah 'wax' yang doktor bagi. Tak jumpa.

Aku pun sanggup la mengelilingi dan keluar masuk pelosok bandar Kota Tinggi tu cari si wax ni. (Padahal niat utama keluar masa tu nak ushar baju raya. kuikuikui.) Habis semua farmasi dan klinik gigi aku masuk, semua tak jual. Sebab klinik2 tu tak buat braces kot, tu yang takde tu. Kalau benda ni jadi kat korang, korang carilah dekat klinik yang buat braces ye.

Akhirnya aku pasrah untuk menahan kesakitan. Esoknya entah macam mana, sakit tu dah kurang. Baguslah. Agaknya pipi aku dah mula adapt dengan kehadiran dawai tu. Pasai tu lah aku tak guna pun wax tu. Rupa2nya kan, wax tu tertinggal kat kolej. Tammat.

So macam mana nak guna wax ni?

Mula2 pastikan gigi dan gusi kau kering. Keringkanlah guna kapas ke, kain ke ape. Jangan kena air liur, nanti wax ni tak lekat. Kau cubit sikit wax tu, gentel2 sampai jadi bentuk bulat. Then, letak kat hujung dawai tu. Macam dalam gambar bawah ni.

Picture from here

Untuk penjelasan lebih mendalam, jom tengok video dari Youtube ni


Boleh skip ke minit 2:15 untuk cara nak handle poking wire tu.

Pada aku, wax tu takde lah membantu sangat pun. Nanti masa gosok gigi, kau kena buang jugak wax tu. Pastu kalau sakit lagi, pasang lagi. Leceh. Silap ari bulan, wax tu bcampur skali dengan juadah berbuke ko. kakakakakaka. Lawak sangat ke gelak camtu?

 Ok lah. Tu je. Bye! Selamat berpuasa!