ONLINE

Sunday, March 2, 2014

Layakkah untuk berkecil hati?

Aku sebenarnya agak terkesan dengan satu status di Facebook yang di'post' oleh seorang kenalan ni...status tu buat aku termenung sejenak (sebenarnya berhari-hari jugak la aku termenung...kihkih)...statusnya yang bunyinya lebih kurang begini...
"Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tetapi lebih besar dosanya jika kita berkecil hati"

sentap tak? aku yang ketika itu memang sedang berkecil hati dengan seseorang, memang patutlah akan tersentap...kahkah...dan dalam masa yang sama, aku juga berasa pelik dengan kenyataan tersebut...

setelah difikir2, dikaji2 (kaji kat Google je...belum tanya ustaz lagi), ada betulnya juga kata2 itu...

sebabnya, kita sudah sedia maklum bahawa hidup di dunia ni memang kita akan diuji oleh Allah s.w.t....

dalam surah Al-Ankabut [29:2], Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: "Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?"

jadi bila aku terasa sakit hati atau ada orang sakitkan hati aku, sepatutnya, aku bertindak dari sudut positif...bukannya berasa kecil hati...

sepatutnya aku perlu bersabar, dan menganggap semua itu ujian dari Allah s.w.t. yang boleh meningkatkan tahap kesabaran dan keimanan...

sepatutnya aku bersyukur...bukannya mengeluh...

dan sepatutnya juga aku mendoakan orang tadi tu supaya tidak menyakitkan hati orang lain dan semoga Allah s.w.t. ampunkan dosanya...bukannya aku menyumpah seranah beliau...wuuu~~~

jadi, begitulah...konsep redha dengan setiap apa yang berlaku dalam hidup kita perlu diterapkan dan diamalkan...memang sangat perlu...kalau tak redha, astaghfirullah...kita ni siapa untuk tidak meredhai ujian yang Allah s.w.t. beri? siapa kita untuk mempertikaikan ujian itu? sedarlah diri tu sikit wahai __________ (isi tempat kosong dengan nama sendiri...hahah)...

untuk manusia yang macam aku yang dah tua ni, yang baru tahu akan hal ini, memang agak payah untuk menerapkan konsep redha ni...pasti akan terdetik juga rasa kecil hati...maksudnya, bila ada orang sakitkan hati, mula2 tu mesti akan terasa hati dulu...bila dah lama2 barulah datang redha...

bak kata pepatah, practice makes perfect...jadi, kena praktikkan lah selalu...sentiasa ingat bahawa Allah s.w.t. lebih tahu...pasti ada hikmah di sebalik ujian...tarik nafas dalam2, dan hembus perlahan2, dan beristighfar...inshaaAllah akan tenang semula (wah wah bagi tips siap, macam bagus...kahkah)

k bai