Wednesday, June 10, 2015

Braces diary 1 : check gigi

Tengahari semalam aku jumpa dentist nak check gigi untuk pasang braces. Mula2 tu takut jugaklah kot2 doktor cakap kena cabut. Sayang weh gigi elok nak kena cabut. Namun ku gagahi jua sebab hasrat nak pakai braces memang dah lama sangat terpendam.

Sebab apa aku nak pasang braces?

Sebab gigi kacip belah atas aku tumbuh senget (orang tengok tak perasan sangat). Bila aku tutup mulut atau gigit sesuatu, gigi senget tu menghentam gigi kacip bawah la kan. Lama-kelamaan gigi bawah pun senget. Dan kini gigi kacip aku belah bawah makin jarang dan semakin ke depan. Sekarang ni gigi2 belah bawah aku lebih ke depan berbanding gigi2 belah atas. Atau dalam istilah omputehnya UNDERBITE.

Kenapa tak pasang dari dulu?

1. Sebab takde bajet.
2. Sebab takut kalau kena cabut gigi.
3. Sebab tengok video orang yg ada underbite siap kena buat surgery bagai.
4. Sebab sayang kat gigi yg elok yg kalau2 kena cabut tu.
5. Sebab kesian tengok makanan sedap2, rugi kalau tak masuk dalam perut aku. lulz (sebab orang kata braces ni buat ko malas makan, sebab nak bersihkan gigi tu lama).

Kenapa baru nak pasang sekarang?

1. Sebab dah nak bulan puasa. Takde lah orang nak ajak aku pegi makan sedap2 untuk sebulan pertama. Nampak tak sesuatu permainan di situ. kehkehkeh.
2. Lagi satu sebab gwa dah boleh terima hakikat segala kemungkinan2 kat soalan atas. Yang paling tak boleh blah pasal surgery tu lah. Memang gwa takkan buat lah yang itu. Gwa cuma nak susun gigi je.

So aku pun jumpa dentist yg aku tak tau nama dia apa. Bila dah selesai check, soalan yg aku tanya doktor tu ialah
"gigi saya mesti kena cabut kan doktor? sobss"

Last2 doktor cakap:
"Untuk peringkat awal ni, gigi awak tak perlu cabut sebab gigi awak jarang. So ada ruang utk gigi awak bergerak. Tapi kalau gigi bawah awak dah rata tapi masih gigi bawah awak ke depan, baru lah kena cabut. Itu pun gigi bawah je. Ruang utk gigi atas ok je tu."

Aku memang tak expected langsungggg pun jawapan tu yg aku terima. Maka aku boleh simpulkan semalam adalah antara hari2 aku yg paling bahgia. lulz

Doktor cakap kalau nak pasang terus, dia akan terlebih dahulu pasang sejenis bende alah (ape benda tah dia ckp), untuk halang gigi atas dan bawah bertemu. Sebab dia nak gigi aku yg bawah tu gerak ke dalam.

Kena tunggu 3 jam, tak boleh makan dan minum, barulah dia pasang braces tu.

Disebabkan semalam aku tak prepare pape, belum makan apa semua, maka aku akan pasang hari ni. Kejap lagi. Ngiahhahaah~~~ (evil laugh)

Nanti aku update k cerita pasal braces ni. Gwa sebelum buat keputusan nak pasang braces ni pun memang suka gila baca experiences org pakai braces.

Bye!




                        

No comments: