Sebelum aku ke klinik gigi itu, aku makan terlebih dahulu, sebab doktor pesan dalam tempoh 3 jam lepas tampal bracket tu, tak boleh makan dan minum. Lepas makan, aku gosok gigi dulu, supaya menu nasi lauk terung berlada aku makan tadi menjadi rahsia daripada doktor itu. hahah motippp??
Klinik yg aku pergi ni ada buat 2 jenis braces; traditional braces dan self ligating braces. Sampai sana, sister kaunter tu tanya nak pasang traditional braces or self ligating braces?
Aku buat keputusan nak pasang yang self ligating braces. Kenapa?
1. lebih hygienic
2. lebih selesa
3. kurang sikit sakitnya
4. hasilnya lebih cepat
Tapi self ligating braces lebih mahal daripada traditional braces. Harga kat klinik tu pada 10 Jun 2015, traditional braces RM4800, manakala self ligating braces RM5800. Bagi aku harga ni quite nice la kalau nak compare dengan harga kat tempat lain. Deposit untuk kedua2 jenis braces ni RM1500, baki bayaran boleh bayar semasa next meeting dengan doktor.
Kalau korang suka braces yang ada kaler2 tu, korang pilihlah yang traditional braces ye. Boleh tukar2 warna rubber band tu. :)
Traditional braces |
Sel ligating braces |
Masa aku landing kat kerusi patient tu, mula2 sekali doktor cuci2 sikit gigi aku. Then tetibe doktor suruh aku nganga besar2, pastu dia masukkan sejenis sudip atasnya ade benda ala2 tanah liat.
Macam ni lah rupa benda yg aku maksudkan tu |
Dia cetak gigi aku rupanya. Bila benda tu dah mengeras, dia cabut balik benda tu. Peh macam nak tertanggal gusi aku time tu. Memang melekat betul tanah liat tu kat gigi. Hahah
Then doktor cuci lagi gigi aku. Yelah kot2 ada sisa2 tanah liat tadi kat dalam mulut ke kan. Eh entah lah. Aku tak paham apa benda doktor tu buat dgn gigi2 aku. Yang aku tau, aku nganga mulut je.
Then doktor pun pasang bracket kat gigi. Bracket tu bahan metal yang doktor tampal kat gigi2 tu. Time ni memang lama gila menganga sebab nak bagi pelekat bracket tu betul2 kering. Bila dah kering, bukan bracket tu je yg mengering, rupa2nya bibir ko gusi ko semua kering. Terus aku capai petroleum jelly sapu kat bibir. Then, doktor pun suruh rehat 3 jam.
Doktor siap pasang bracket pukul 12pm, maknanya pukul 3pm kena datang klinik balik untuk pasang dawai yang menyambungkan bracket2 tadi.
Yang label 'ARCHWIRE' tu lah dawai yg aku maksudkan |
Ni kat bawah ni aku letak video dari Youtube ni. Dalam video ni dia tunjuk bagaimana self ligating braces ni berfungsi. Ini brand T1. Ada lagi brand lain macam Damon braces. Aku punya, aku tak tau brand apa.
T1 self ligating braces
Lepas pasang dawai, doktor letak sejenis simen kat gigi geraham besar belah atas. Supaya gigi bawah dan atas tak bertemu. Lepas tu siap! Untuk kes aku, doktor pasang braces belah bawah je dulu. Dia nak masukkan gigi bawah ke dalam. Then barulah pasang untuk gigi atas. Doakanlah tak kena cabut gigi. hohoh.
Petang tu aku berhasrat nak makan bubur kat kedai makcik belakang UTM tu. Bubur yang ada sayur kangkung, telur masin, lobak masin, ikan bilis tu. Aku lupa gigi atas dan bawah aku tak bertemu, maka mana boleh kunyah! Hilang nikmat nak makan. Aku telan bubur sikit dengan daun kangkung sikit je. haha
Lepas tu aku terus pegi shopping barang2 dapur. Memang hari2 aku kena masak la jawabnya. Bubur baby. hahahaha
Oh btw, aku buat kat Klinik Pergigian Abby, Taman Universiti Skudai, Johor. Doktornya perempuan. Semua staff kat situ friendly. :)
K bye!
7 comments:
Salam..maaf nk tanya,harga deposit tu termasuk cabut gigi ke..?
wslm...tak termasuk..cabut gigi harga lain :)
better cabut kat klinik kerajaan..murah sikit
Gigi mana kena cabut tuj? Then berapa kali kene jumpe Dr sepanjang treatment?
Actually gigi saya belum confirm lagi nak dicabut ke tidak. Tengok progress macam mana.
Jumpa Doc setiap 4 minggu.
Hye sis, knp sis xpilih yg warna warni tu..kn comel..hehe..sis guna self ligating berapa lama ye
Sekarang pun harga masih sama .. untuk braces ni
Post a Comment