Thursday, June 25, 2015

Braces diary 3 : Dawai mencucuk pipi

Hari ni dah lebih kurang dua minggu dah aku berbraces. Pelbagai dugaan dan rintangan dah aku lalui sepanjang tempoh itu. Amboi serius beno bunyinye.

Orang kata sakit gile kan pakai braces. Pada aku takde lah sampai macam tu sekali hoi rasa dia. Cuma sengal2 sikit tu biase lah. Nak tau camne rasa dia? Cuba kau keluarkan jari telunjuk kau, pastu gunakan ia untuk tolak mana2 gigi kau tu, macam tu lah rasanya. Tak sakit pun kan.

TETAPI!

haaa ada tetapi. Suspen ni. Sakit dia kat tempat lain. Sakitnya tuh di sini di dalam hatiku. Mesti kau menyanyi kan baca ayat tadi tu. Ehehekehehehekkkss

Ehem!

Okay. Sakitnya dekat pipi weh. Serius sakit. Macam mana boleh sakit? Jap aku tunjuk gambar.

Hok 'wire poking' tu la hok cucuk2 pipi ambo. Sapanya ati demo. Picture from here



Doktor dah pun bagi sejenis wax untuk diletak pada bracket kalau2 rasa sakit ke ape.

Inilah 'wax'nye. Aku tak guna pun. Kesan penyek2 tu sebab aku buat main je.
Alkisahnya, pada suatu hujung minggu aku balik rumah. Masa tu 'poking wire' tu kuat pulak mencucuk2 pipi aku. Sampai berdarah ha. Aku dah tak tahan, aku pun carilah 'wax' yang doktor bagi. Tak jumpa.

Aku pun sanggup la mengelilingi dan keluar masuk pelosok bandar Kota Tinggi tu cari si wax ni. (Padahal niat utama keluar masa tu nak ushar baju raya. kuikuikui.) Habis semua farmasi dan klinik gigi aku masuk, semua tak jual. Sebab klinik2 tu tak buat braces kot, tu yang takde tu. Kalau benda ni jadi kat korang, korang carilah dekat klinik yang buat braces ye.

Akhirnya aku pasrah untuk menahan kesakitan. Esoknya entah macam mana, sakit tu dah kurang. Baguslah. Agaknya pipi aku dah mula adapt dengan kehadiran dawai tu. Pasai tu lah aku tak guna pun wax tu. Rupa2nya kan, wax tu tertinggal kat kolej. Tammat.

So macam mana nak guna wax ni?

Mula2 pastikan gigi dan gusi kau kering. Keringkanlah guna kapas ke, kain ke ape. Jangan kena air liur, nanti wax ni tak lekat. Kau cubit sikit wax tu, gentel2 sampai jadi bentuk bulat. Then, letak kat hujung dawai tu. Macam dalam gambar bawah ni.

Picture from here

Untuk penjelasan lebih mendalam, jom tengok video dari Youtube ni


Boleh skip ke minit 2:15 untuk cara nak handle poking wire tu.

Pada aku, wax tu takde lah membantu sangat pun. Nanti masa gosok gigi, kau kena buang jugak wax tu. Pastu kalau sakit lagi, pasang lagi. Leceh. Silap ari bulan, wax tu bcampur skali dengan juadah berbuke ko. kakakakakaka. Lawak sangat ke gelak camtu?

 Ok lah. Tu je. Bye! Selamat berpuasa!




                        
   

4 comments:

Unknown said...

Nk tnye duit deposit tu byr time first time kite buat check gigi dgn doc ke ? Or lepas dah buat xray, cetak gigi, cabut gigi and the bru byr deposit utk appoiment permasangan braces ? And braces tradisional colour tu nnt doc akn pilihkan ?

Sarah Abadan said...

Masa 1st time saya gi klinik tu saya survey je, then check gigi tu free je. Esoknya baru bayar deposit bile kite dah decided kite nak pasang braces. Bile dah bayar barulah lalui proses2nye; xray, cetak gigi etc. Btw, cabut gigi tak termasuk kos braces, cabut gigi harga lain.

Jenis braces nak traditional or others tu kita yg pilih sendiri. Resultnye sama je, maybe lain dari segi tempoh pakai, rupa etc. Klo yg traditional tu, warna rubber band tu kite yg pilih sendiri nak warna apa. Warna-warni pun boleh ;)

Unknown said...

Berus gigi kena khas jgak ke, tkleh pakai yg berus gigi yg soft/super soft ke???

nareesha said...

nak tanya normal ke ada poking wire tu sbb dia cucuk pipi