Assalamualaikum! Hai!
Kali ni aku nak bagi honest review tentang Toujours Kids. Pernah dengar tak pasal produk ni? Kalau korang follow Yusuf Iskandar (anak sulung Hanis Zalikha & Hairul Azreen) kat Instagram, maybe korang tau lah.
Kalau yang tak tahu, actually this is a product for toddler. Especially yang kurang selera makan, taknak makan sayur. Macam anak aku hwahwa. Geram tau aku masak beriye, alih2 anak taknak makan. Lepas tu berat badan tak naik2. Bila fikir2 balik, perangai tak suka makan ni macam perangai aku masa kecik. Betullah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Ahahah.
So this is the product.
Produk datang sekali dengan 1 syringe.
DALAM DIA ADA APA?
Kat bahagian ingredients ni dia bagitau, mengandungi air RO (reverse osmosis), kurma, kismis, delima, brokoli, tomato, bayam, blueberi, aprikot, safron, habbatussauda, inulin, vitamin C, fruktosa, stevia.
Bahan2 dia memang selamatlah untuk budak setahun lebih.
CARA CONSUME
Dia suruh bagi 10ml. Aku bagi 5ml pagi, 5ml petang. Tapi tu pun kadang ter missed. Kadang pagi missed, petang je aku bagi. Tak kesahlah yang penting ada ambil zat sayur/ buah dari takde langsung kennn.
PERUBAHAN SELEPAS PENGAMBILAN
So far, dah sebulan anak aku consume Toujours Kids ni. Rasa dia pun sedap. Tak manis sangat. Memang manis2 buah je. Rasa buah berry. Sedap, aku rasa macam nak letak ais buat minum je. hahahha. Nak paksa anak aku telan benda ni memang senang la sebab sedaaapppp. ---berapa kali dah tu cakap sedap---
Dalam beberapa hari dia consume, yang aku perasan la, dia tak sembelit. Before this dia memang susah nak berak. Mana tak susah, takmau makan! Haiyooo!! Kalau bab selera tu, macam tak menjadi sangat pun kat anak aku. Maybe lain budak lain la ragamnya kan. Maybe kat budak lain, menjadik.
Tapi yang aku puas hati bab berak dia lah. Yelah dalam Toujours Kids tu kan ada sayur & buah yang blended kan. Mestilah ada serat semua. Tu yang poopoo anak aku jadi lembut. Disebabkan itu, aku beli lagi 2 botol terus. kehkehkeh.
Kalau korang ada anak ke anak sedara ke anak jiran ke sesapa je lah yang sembelit, korang bolehlah suggest untuk try ikhtiar guna Toujours Kids ni. Manalah tau kan. Cuma mahal sikit lah RM70 sebotol untuk sebulan/ lebih.
PENUTUP ---Peh siap ada penutup, macam buat essay paper SPM pulek! kuikui.
Apa pun, even ada Toujours Kids, sebagai ibu memang aku takkan stop la cari jalan nak bagi anak aku makan sayur/ buah secara alami, bukan dengan produk2 ni. Nanti kalau aku dah jumpa, aku share lagi ok!
Ok tu je la aku nak sampaikan. Sekian harap maklong!
2 comments:
Anak sekarang mudah makan tak? Masih amalkan tourjours kids lagi?
Hi sis...sejak anak saya pandai bercakap, saya selalu pesan kat dia supaya makan untuk elak sembelit..
sembelit kan sakit..so dia terus minat nak cuba2 macam2 makanan..alhamdulillah..so saya dah lama dah tak bagi toujours tu
Post a Comment