Duduk kat luar tengok langit, klo cuaca tak mendung, dapat tengok bintang dengan jelas, sebab duduk rumah kampung. Klo rumah bandar yg banyak lampu, lampu jalanlah, lampu kereta lah, lampu sana sini, mmg takde lah nak nampak bintangnya.
Antara bintang yang aku selalu nampak ialah Bintang Sederet Tiga Tersusun. Haa panjang kan nama yg aku bagi nih. Sebenarnya ada nama lagi pendek iaitu buruj belantik atau orion.
Apa yang aku perasan bila tengok buruj belantik ni, dia sentiasa menunjuk ke arah kiblat. Hasil daripada kajian aku yg sangat mendalam (mendalam kau. Google je tu.), rupenye memang betul lah buruj tu antara gunanya adalah sebagai penunjuk arah kiblat.
"tang mane satu wey yg tunjuk kiblat tu??"
haa tang yang sederet tiga tersusun itulah! Haha macam tak membantu je jawapan aku. Meh aku tunjuk.
yang itulah |
Ha begitulah kisahnya. Ada je buruj-buruj lain yang boleh membantu tentukan kiblat, tapi aku tak nampak2 pun buruj2 lain tu. Aku selalu nampak yang belantik ni je. Kehkehkeh.
***gambar-gambar diambil dari Google Images***