Friday, January 16, 2015

Recipe : bubur nasi, sayur capcai, sambal toktok, scrambled egg with fish ball, telur masin

Ni aku nak share resepi bubur nasi aku punye style. Tanpa buang masa mari kita mulakan.


BUBUR NASI

2 cawan beras
10 cawan air

Basuh beras tu sampai bersih, then masukkan 5 cawan air dan tenggek la kat dapur atau lebih senang guna rice cooker.
Bila macam dah nak kering tu, masukkan air lagi, dan kacau.
Kalau kering lagi, tambah lagi air, sampai mencapai level kecairan yang korang nak.
Actually berapa banyak entah aku guna air tadi. Memandai je cakap 10 cawan air.


SAYUR CAPCAI

bawang merah
bawang putih
cili padi
sos tiram
brokoli, kacang peas, lobak merah, tomato, jagung bayi atau baby corn
air
garam
perasa yang dibenarkan

Panaskan minyak, masukkan hirisan bawang merah, bawang putih, dan cili padi.
Tumis sampai layu.
Masukkan sos tiram.
Masukkan lobak merah, kasik air sikit biar lobak merah tu lembut.
Masukkan jagung bayi.
Masukkan brokoli, kacang peas, tomato.
Tabur garam dan perasa sikit. Pastu rasalah. Agak2 kene dgn selera, apa lagi, angkat lerrr.
Kalau tak kena dgn selera, buatlah apa yg patut. Tambah sos tiram ke, tambah garam ke.


SAMBAL TOKTOK

cili padi
bawang putih
ikan bilis

Panaskan minyak, goreng cili padi dan bawang putih. Cili padi tu pastikan dah dikerat sikit supaya masa digoreng tak meletup. Pastu angkat masuk dalam lesung.
Goreng pulak ikan bilis sampai rangup, masukkan juga ke dalam lesung.
Tumbuklah tapi jangan lumat sangat. Pastikan masa tumbuk tu bunyi dia "tok! tok! tok!".


SCRAMBLED EGG WITH FISH BALL

bebola ikan (dipotong kecik2)
telur
susu penuh krim
serbuk lada hitam

Pecahkan telur, tuang susu sikit dan kocak.
Panaskan minyak, dan goreng bebola ikan.
Pastu tuang telur tadi dan kacau sampai hancur.
Bila dah angkat, taburkan serbuk lada hitam.


TELUR MASIN

kenduri kahwin

Pegi kenduri kahwin dan dapatkan bunga telur. hahaha klakarnye klakarnye

ok sekian




Tuesday, January 6, 2015

Bagi semangat ciked!

Pernah tak, kau bangun tidur, tiba2 je hilang mood. "Apekeheyyy apekeheyyy??!!" kau bermonolog sendirian.

Lagi malang mood yang hilang tu adalah mood yang memang kau perlukan untuk kehidupan kau seharian.

Kau kerja utk mencari rezeki, tapi mood kerja kau hilang.

Kau study utk menambah ilmu di dada (utk kekalkan scholarship juga), tapi mood nak study tu hilang.

Kau perlu menghadapi hidup yg penuh pancaroba ini, tapi mood kau utk hidup pun dah hilang. erkk ada ke yg mcm ni?

Meh sini aku bagi ayat2 magic kot2 lepas kau baca terus kau bersemangat. Mari kita mulakan!

1. Don't concentrate on tomorrow or next week, concentrate on TODAY!
 Jangan tumpu untuk esok atau minggu hadapan, tumpu untuk HARI INI!

2. A journey of a thousand miles begins with a SINGLE STEP - Confucius
Suatu perjalanan yang jauh bermula hanya dengan SATU LANGKAH

3. You don't have to be great to start, but you have to START TO BE GREAT! - Zig Ziglar
Kamu tak perlu jadi hebat untuk mula, tapi kamu perlu MULA UNTUK JADI HEBAT!

4. Don't wait for the perfect moment, take the moment and make it PERFECT!
Jangan tunggu utk detik yang sempurna, ambillah suatu detik dan jadikan ia SEMPURNA!

5. Just keep moving forward and don't give a damn about what anybody thinks. Do what you have to do, for you. -Johny Depp
Terus ke depan dan jangan ambil kisah apa orang fikir. Lakukan apa yang kamu perlu lakukan, untuk kamu.

6. Stop hating yourself for everything you are not. Start loving yourself for everything you are.
Hentikan membenci diri kamu sendiri untuk perkara yang kamu tiada. Mulakan sayangi diri kamu sendiri untuk perkara yang kamu ada.

7. The problem is not the problem. The problem is your attitude about the problem. -Captain Jack Sparrow
Permasalahannya bukanlah masalahnya. Permasalahannya ialah sikap kamu terhadap masalah.

8. You can't start the next chapter of your life, if you keep re-reading the last one. (kau translate la sendiri)

9. The only person you should try to be better than is the person you were yesterday.

10. I am in charge of how I feel and today I am choosing happiness.

11. Don't look back and ask why, look forward and ask why not?

12. Don't compare your life to others. You have no idea what their journey is all about.

13. It is impossible to live without failing at something. Unless you live so cautiously that you might as well not have lived at all. In which case, you fail by default. -J.K. Rowling

14. When you look at life through eyes of gratitude, the world becomes a magical and amazing place. -Jennifer Gayle

15. Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending. - Maria Robinson

16. If God brings you to it, He will bring you through it.

17. When something bad happens, you have three choices. You can either let it define you, let it destroy you, or you can let it strengthen you.

18. The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it. -Thomas S. Monson.

19. Every successful person has a painful story. Every painful story has a successful ending. Accept the pain and get ready for success.

20. Everything will be okay in the end. If it's not okay, it's not the end.

ok dah la. 20 kata2 semangat ni cukup la kot. Yang paling memberi kesan kat aku adalah yang no 14 dan no 16 tu ha. Sentiasa bersyukur dan yakin Allah sentiasa ada dengan kita okay!

senyum selalewwwwewewwwewweeewwwweweeweeeewww ciked!! (terpengaruh dgn perangai kekanak belum mumayiz)

Thursday, January 1, 2015

Tahun baru 2015

Sempena tahun baru ni aku telah menukar background blog aku...kohkohkoh

tahun baru kali ni nampaknya mungkin agak berbeza dengan tahun2 lain sebab umur aku akan menginjak ke 26...adakah kau mengerti apa yg ku rasakan??? dah nak 26 derrrr...lagi 4 tahun je nak masuk 30...aku macam tak perasan bila masa aku berumur 22,23,24...alih2 je dah nak 26...kohkohkoh *dasar manusia tak sedar diri ni*

papepun selamat menjalani lembaran baru untuk tahun masihi ni...biarkan luka lama sembuh, belajar daripada yang lepas...apa yang lebih penting adalah SEKARANG!

untuk yang putus cinta tahun lepas, sudah sudahlah tu...jangan harapkan kebahagiaan pada manusia, haraplah pada Yang Esa....apa yang kita mampu lakukan adalah MEMBERI kebahagiaan kepada orang lain...kadang bila kita terlalu berharap pada orang, kita pula terseksa, lebih baik kita yang buat orang bahagia, inshaAllah kita akan bahagia juga...dengar ni ye adik2, pesanan kak sarah ko yg dah nak 26 tahun ni...hahaha

untuk yang kurang mencapai target tu, pun sudah sudahlah...masing2 ada rezeki masing2...tak tahun lepas, mungkin tahun ni...kita muhasabah balik lah, usaha kita tu dah cukup ke? mungkin tak cukup? so tahun ni usaha lebih sikit...inshaAllah

rakyat bumi selalunya akan bercerita tentang azam bila tiba tahun baru kan? kak sarah (terus rasa nak bahasakan diri ni akak sbb umur dah lebih 25) punya azam cuma ingin jalani hidup ini sebaik mungkin...tu je la...lebih2 tu rahsia la...kohkohkoh

sudah cukup cukup sudah~~ cukup sampai di sini saja~~~ eh ternyanyi pulak...eh eh ehhhhhhh

ok la tu je byeeeee

senyum selalu! :)